Salam buat semua..
Lama tak jenguk khabar blog aku..rasa cam tak berpenghuni..Raya Cina kan,semua orang nak cuti, balik kampung, kenduri kahwin dan sebagainya. Seluruh bandar jadi lengang,sunyi sepi ak berpenghuni..(macam blog aku jugak ni,hehe). Jumaat lepas, aku selamat pulang ke kampung. Dan semalam selamat sampai ke Hentan Duta.

Kul 5.40 pg sampai, masukla surau nak solat. Ya Allah,penuh orang2 tidoq kat situ. Tak pernahlah jadi camni lagi. Selalunya, time ni nak tengok orang masuk surau pun susah. Lepas solat subuh, aku terus pg KL Sentral untuk ke Angkasapuri nak jumpe reporter..Nak siapkan assignment En Faizal Kasmani..Tunggu punya tunggu, kul 9 barula dapat jumpa reporter..Kira Alhamdulillah dapat jumpa jugak.

Sebenarnya takde assignment pg tu,tp da la job lain kena buat. So,aku ikut jugak..Pegi Zoo Negara, interview kanak2. Kelakar betul budak2 ni..Da yang malu tapi mahu..

Akhirnya dapat jugak aku selesaikan bersama krew RTM ni. Zaza (wartawan), Husaini (jurukamera). Adnan (songman) dan Saiful (driver)..Dapat lak aku makan free, Saiful ni belanja..huhu..Cian lak Ikbal sebab dia tak pegi sekali,kena pecah group sebab tak muat kereta.

Balik je, terus re-watch the video, dengar semula dan catat nama semua kanak tu. Fuhh, susah jugak nak denga tu apa yang budak2 tu dah cakap tadi (masa interview). Zaza terangkan apa yang patut buat selepas itu dan ini sampai final (telecast). Banyakla yang aku dapat belajar dalam 1 hari ini walaupun broadcast bukan bidang aku..Huhu..

Hajat hati,nak pegi lagi hari ni…Tapi, cukup dah kot apa yang dapat semalam…Takut tak laghat pulak nanti..Tapi, bezanya RTM dengan TV3 (contohnya). Tugas masing2 kena buat. Wartawan tak payah sibuk2 nak pegang kamera and so on. Kalau TV3, kita esti master sume keje.Apa yang aku dapatla sedikit sebanyak dalam sembang2 aku bersama wartawan RTM dan TV3. Yang mana lebih baik?? Fikir2lah…

Advertisements