Archive for February, 2009


Henti sambut Hari Valentine

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

– Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

– Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

– Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

– Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

Oleh Abu Umair

“Tidak boleh ingkar masalah khilaf”. Inilah ungkapan yang kadangkala membantut sesuatu perbincangan atau penilaian terhadap kesahihan sesuatu pendapat atau amalan. Kata-kata ini kerap dijadikan benteng untuk mempertahankan satu-satu pendapat sekalipun pendapat itu tidak muktabar dalam syariat.

Ungkapan “Tidak boleh ingkar masalah khilaf” sangat masyhur, sehingga sebahagian ulama menjadikannya sebagai satu kaedah dalam feqah dan memasukkannya dalam karangan-karangan tentang qawaed feqah. Tetapi sebahagian kita memahaminya dengan cara yang silap. Kononnya asalkan ia dikira sebagai satu pendapat, maka automatik permasalahan tersebut dilabelkan sebagai permasalahan khilaf yang tidak boleh diingkari.

Kesilapfahaman terhadap kaedah ini berpunca daripada kekaburan antara masalah khilaf yang harus diperselisihkan dan masalah khilaf yang tidak harus diperselisihkan. Atau dengan kata lain, perbezaan antara khilaf yang muktabar dan khilaf yang tidak muktabar.

Al-Imam Al-Izz Ibn Abd Al-Salam memperincikan perbezaan antara dua jenis khilaf ini. Beliau menyebut:

“Orang yang mengambil pendapat yang diperselisihkan, terdapat dua situasi.

Pertama: Masalah khilaf itu ialah masalah yang mesti dibatalkan hukumnya. Dalam permasalahan ini tidak ada jalan untuk bertaqlid padanya disebabkan ia adalah satu kesilapan semata-mata…

Kedua: Masalah khilaf itu ialah masalah yang tidak dibatalkan hukumnya. Maka tidak salah melakukannya atau meninggalkannya, jika seseorang itu bertaqlid dengan sebahagian ulama.” (Al-Qawaed Al-Kubra 2/371).

Daripada kenyataan Al-Imam Al-Izz, kita mendapati ada pembahagian masalah khilaf kepada khilaf yang tidak harus, dan khilaf yang harus. Jadi, sebelum mengingkari sesuatu masalah atau melarang orang lain mengingkari sesuatu masalah, kita terlebih dahulu mesti dapat membezakan antara dua jenis khilaf ini. Kemudian, perlu mengkaji pula adakah sesuatu masalah itu termasuk dalam jenis yang pertama atau kedua. Selepas itu barulah boleh diaplikasikan kaedah ‘Tidak Boleh Diingkari Masalah Khilaf” secara betul.

Khilaf Yang Tidak Muktabar

Pendapat yang tidak muktabar ialah pendapat yang sudah jelas kebatilannya, dan dipastikan kesilapannya berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan nyata. Lalu kita putuskan bahawa ia adalah pendapat yang silap tanpa ada sebarang keraguan.

Khilaf jenis inilah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dalam kitabnya Al-Risalah:

“Aku (Al-Syafie) berkata: Khilaf terdapat dua jenis. Pertama: Khilaf yang haram. Dan aku tidak mengatakannya (haram) dalam jenis yang satu lagi”.

Imam Syafie juga memperincikan apakah maksud khilaf yang haram, dengan kata-katanya:

“Setiap perkara yang telah Allah dirikan hujah dengannya di dalam kitabNya, atau di atas lidah NabiNya secara nas yang jelas, maka tidak halal berselisih pendapat padanya bagi orang yang mengetahuinya”. (Al-Risalah: 1/560).

Khilaf yang tidak muktabar seperti ini mestilah diingkari dan diperjelaskan kedhaifan atau keganjilannya, serta diterangkan kesahihan pendapat yang lain dengan hujah. Jadi, kaedah “Tidak boleh ingkar masalah khilaf” tidak meliputi jenis khilaf ini.

Khilaf Yang Muktabar

Setelah kita mengenali khilaf yang tidak muktabar, kita dapat mengenali khilaf yang muktabar. Iaitu masalah-masalah yang dibenarkan berijtihad padanya. Secara dasar, dalam masalah-masalah yang khilafnya muktabar, diharuskan berpegang kepada mana-mana pendapat samada melalui pentarjihan dengan dalil, atau taqlid kepada ulama yang muktabar.

Merujuk kepada jenis khilaf ini, Sufyan Al-Tsaury berkata, “Apa-apa yang diperselisihkan oleh fuqaha, aku tidak melarang seorang pun dari kalangan sahabat-sahabatku untuk berpegang dengannya”. (Al-Faqih Wa Al-Mutafaqqih 2/69).

Ibn Taimiyyah berkata, “Dalam masalah-masalah ijtihadiyyah, sesiapa beramal dengan pendapat sebahagian ulama, tidak boleh diingkari”. (Majmuk Fatawa 20/207).

Jadi, kita boleh simpulkan bahawa bukan semua permasalahan khilaf tidak boleh diingkari. Ada masalah khilaf yang boleh malahan mesti diingkari, dan ada masalah khilaf yang tidak boleh diingkari, iaitu masalah-masalah ijtihadiyyah.

Di samping itu, mengingkari masalah-masalah khilaf yang tidak muktabar bukan bermaksud mencerca dan mencaci pendapat dhaif tersebut. Bukan juga dengan cara merendah-rendahkan martabat ulama yang mengeluarkan pendapat tersebut. Tindakan seperti ini bukan disiplin yang diajar oleh agama dalam mengingkari sesuatu yang salah.

Maksud mengingkari pendapat yang tidak muktabar ialah menerangkan kedhaifan dan keganjilan pendapat tersebut, disamping menyatakan pendapat yang sahih beserta hujah-hujahnya. Dan ia mestilah dilakukan secara beradab dan ilmiyyah.

Wallahu A’lam.

Perpustakaan baru…

Salam buat semua…

Sekali lagi kita bertemu di laman maya ini. Sudah dua hari tidak meneliti dan mengemaskini blog ini. Bukan apa, sibuk kemaskini USIMTODAY Edisi Kelima (surat khabar USIM) sem ini. Alhamdulillah sudah selesai dan hantar pada Ms Adzrah pagi tadi. Akhirnya, boleh rehat sikit setelah tidak cukup tidur 2 hari lepas. Tapi, tidak boleh syok sendiri juga sebab edisi keenam sudah kena mula dari sekarang. Selepas selesai kelas, terasa pula hendak menziarahi perpustakaan yang baru (tapi belum pernah aku jejak kaki lagi) nun jauh di sana (belakang Canselori).

Pada hari ini barulah aku jejakkan kaki ke perpustakaan USIM yang baru ini. 4 tingkat, bukan main lagi. Tetapi, buku agak kurang sedikit berbanding perpustakaan universiti-universiti lain. Tempat atau suasana yang bagus bagi aku untuk study. Ada juga bilik untuk perbincangan, tetapi ada prosedur juga hendak gunakannya. Niat hendak mencari bahan untuk assignment Dr Seween, tapi bahannya tidak dapat dipinjam sebab untuk rujukan sahaja. Fikir punya fikir, akhirnya dapatlah idea dari seorang kawan ni untuk gunakan kamera dan rekod semua bahan tadi. Bukan apa, nak fotostat tak boleh sebab mesinnya rosak. Jadi, jalan penyelesaian yang agak unik dan jimat kos juga.

Jam menunjukkan pukul 2.45 petang, aku terpalsa ke FKP sebab ada mesyuarat. Masalahlah pula, kawan-kawan aku nak stay lagi di perpustakaan ini dan aku terpaksa ke FKP berseorangan. Kenderaan tiada, jadi terpaksa aku menggunakan jalan pintas (dua kaki) ke FKP.

Teringat pula zaman sekolah rendah, abah selalu hantar pergi sekolah saja. Tapi, tidak pernah mengambil semasa pulang. Aku akan berjalan pulang atau tumpang tukang kebun sekolah. Itupun sampai bahu jalan, kira sudah baguslah. Perjalanan agak jauh bagi seorang budak berusia 7 tahun ketika itu, hampir 1.5km.

Setakat ini coretan aku kali ini. Selamat maju jaya kepada semua. Teruskan perjuangan dalam baki masa yang ada.

My Ummah

Vodpod videos no longer available.

more about "My Ummah", posted with vodpod

Vodpod videos no longer available.

more about "Mishary Rashid Efasy", posted with vodpod

Renungan Sebuah CINTA…

Salam buat semua… Suka untuk saya berkongsi dengan kalian tentang cerita sebuah CINTA. Saya kira sesuai topik ini memandangkan muda mudi sekarang asyik dibuai mimpi indah dengan CINTA. Harus kita fahami dulu konsep CINTA sebelum menjadikannya ‘kawan’ kita sebenarnya. Ada yang bertanya pada saya, “Kak, CINTA tu boleh ke tak sebenarnya?”, biarlah saya menjawab persoalan itu dengan cerita CINTA ini. Kisah yang baik untuk dijadikan teladan bagi kita semua. Kisah ni dikongsi oleh saudara saya dan saya suka untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat dan adik-adik yang disayangi lagi dikasihi sekalian…

Katakanlah: jika bapak bapak, anak anak, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yg kamu usahakan, perniagaan yg kamu khawatiri kerugiannya dan rumah rumah tempat tinggal yg kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yg fasik.” (Q.S.At-Taubah[9]:24)

Lamunan cinta semestinya akan membuatkan seseorang selalu ingat, terbayang sesuatu yang di dambakannya. Tentu sekali hamba tadi akan menggunakan setiap kesempatan, demi cinta yang agung itu, untuk memenuhi segala tuntutan atau panggilan subjek yang dicintai. Nah, tentu sekali perasaan cinta yang mendalam itu, yang tersemat jauh di sudut hati, tidak mampu difahami keutuhan dan kesungguhannya melainkan hati yang diselami oleh perasaan kasih dan sayang kerana ianya ialah manifestasi fitrah manusia.

Keasyikan, kemesraaan, kesetiaan, kedukaan dan detik-detik pengorbanan jiwa dan raga sering kali dapat kita lihat dan hayati dalam babak-babak filem, tak kira lakonan Melayu mahupun barat. Rasa ingin bersama dalam suka dan duka, siap membela cintanya dengan taruhan jiwa dan harta dan sebagainya.

Seringkali, seorang perempuan, bersama jejaka idolanya, bersama teguh sehati sejiwa meredah badai kehidupan demi membuktikan cinta mereka kepada dunia. Bila tautan hati itu utuh, tiada siapa lagi di dunia ini yang bias merobek cinta mereka.

Itulah lamunan namanya lamunan cinta. Lebih-lebih lagi untuk orang muda, yang darahnya panas masih membara, ingin merasai kenikmatan apa ertinya kita menyayangi dan disayangi, dan berkorban demi cinta yang agung itu. Ditambah lagi dengan buaian-buaian nyanyian Melayu yang seringkali tidak lepas dari kalimah cinta, oh I’m lovin you, dunia ini hanya milik kita berdua.

Memang sungguh asyik kalau membicarakaan tentang cinta…

Cinta ada buktinya

Kisah cinta agung, antara Siti Hajar dan Ibrahim sering bermain di fikiran. Cinta antara dua manusia pilihan Allah, yang mengjangkau bumi beribu batu, menelan jutaan rasa pengorbanan, yakni segalanya, harta dan jiwa. Kisah ini bukan kisah dongeng, khayalan atau rekaan yang datang dari minda seorang penerbit filem yang cetek gambaran atau liputan imaginasinya, tetapi ia adalah realiti yang termaktub di dalam Kitab yang agung, Al-Quran.

“Iman itu bukanlah angan-angan, dan juga bukanlah perhiasan. Tetapi ianya adalah sesuatu yang menetap di hati dan di benarkan dengan amal” Hadith Riwayat Dailami.

Benarlah bahwa Iman itu akan terbukti dengan penyerahan secara total kepada Allah. Ianya merupakan suatu potensi yang terbit dari fitrah seorang manusia yang benar syahadahnya, dan diterjemahkan dalam kehidupan.

Ibrahim sanggup merentas saujana padang pasir yang jauh beribu batu, atas sahutan terhadap panggilan Allah. Biarpun terpaksa meninggalkan isteri tercinta, biarpun barangkali terdetik di hatinya jika dibiarkan mereka berdua nescaya itu perpisahan yang terakhir, namun Ibrahim sedar itulah bukti cintanya kepada Allah. Seruannya Rabnya menggugah hati Ibrahim, menepis segala panggilan duniawi.

Dalam kaitannya sebagai seorang hamba yang tulus cintanya kepada Kholiqnya, ia sudah tentu selalu ingat kepada-Nya. Semua daya upayanya adalah dalam rangka untuk mentaati syari’at-Nya. Ia akan mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan cintanya, meskipun harus mengorbankan harta, kedudukan, kekuasaan, perniagaan, anak, isteri, dan keluarganya. Bahkan hidupnya pun siap ia korbankan.

Dia tidak akan cinta kepada sesuatu, melainkan hanya sebagai wasilah (sarana) utk mencapai cintanya kepada Allah SWT atau hanya kerana Allah SWT. Dia benci sesuatu yang dibenci Allah SWT. Dia memusuhi musuh musuh Allah SWT dan siap menudukung dienullah.

Rasululullah SAW telah menjelaskan dalam sabdanya: “Tidaklah seorang hamba mendapatkan kemanisan iman kecuali harus terdapat di dalam hatinya tiga perkara;- Hendaklah dia mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada yg lain, dan hendaklah ia mencintai seseorang, kecuali hanya kerana Allah SWT, dan hendaklah ia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah SWT selamatkan dirinya sebagaiman ia benci dilemparkan ke dalam api neraka.” (H.R. Bukhori Muslim )

Bukti cinta agung Ibrahim, menunjukkan kepada kita akan ketaatan dan kepatuhan, penyerahan jiwa dan raga, demi yang dicintai. Walaupun terpaksa bergadai nyawa, perasaan, namun semua itu bukanlah penghalang untuk merealisaikan kecintaan antara hamba dan khaliq. Jiwa Ibrahim terpanggil setiap masa untuk memenuhi dan menyatakan hasrat yang dicintainya, merindui untuk bertemu dan bergetar hati terhadap panggilanNya.

Itulah rasa cinta kepada Allah SWT hanya bisa dicapai dengan menjalankan syari’at-Nya secara utuh dan menyeluruh (kaffah), tanpa memilih-milih mengikut kesesuian sendiri. Sebab Islam sememangnya sesuai dengan fitrah manusia.

Cinta yangg murni kepada Allah SWT hanya bisa ditempuh dgn cara ittiba’ (mengikuti) Rasulullah SAW dalam segala aspek kehidupan.

Allah SWT telah berfirman: ” Katakanlah; jika kalian memang cinta kepada Allah maka ikutilah aku, pastilah Allah cinta kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.S. Ali Imran[3]:31)

Seorang muslim yang cinta kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, harus ta’at dan setia, siap membela Islam (dienullah) dan menegakkan kalimatullah sepanjang hayatnya kerana itulah matlamat hidupnya.

(p/s : harap ambil teladan dari cerita ni dan renungkanlah di mana kita).

Kawan? Siapa yang dikatakan kawan bagi kita? Apa peranan kawan kepada kita?

Bercakap soal kawan, mengingatkan saya tentang sahabat-sahabat saya di alam perjuangan seketika dahulu. Betapa indahnya nilai ukhuwah antara kami yang sehingga kini tiada bandingan. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, biarlah doa pengikat ukhuwah sentiasa bersama walaupun hakikatnya, jasad tidak bersama.

Namun, ada juga duka bersama sahabatku yang tak dapat kutemui walaupun berada di depan mata. Itulah dunia yang kejam bagi diriku. Akhir zaman menyaksikan pelabagi jenis raga manusia. Biarlah hari ini kawan yang menjadi saksi bagi kita sepanjang bersamanya. Hakikatnya, penilaian telah dibuat oleh Yang Maha Kuasa sejak azali lagi…

Beginilah ragam kawan dan sahabat di akhir zaman ini…

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya..

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli profesyenal yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profesyennya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan ‘sunnah’ barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyanyian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak ditempuh

(p/s : berhati-hati dalam memilih kawan)